NADI – CARE: Kisah Seorang Pejuang Myasthenia Gravis (Penyakit Lemah Otot) & 10 Minit Fisio: Rutin Gerak Sendi Dari Kepala Sampai Kaki

15 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

14 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI – CARE: Kisah Seorang Pejuang Myasthenia Gravis (Penyakit Lemah Otot) dan senaman 10 Minit Fisio: Rutin Gerak Sendi Dari Kepala Sampai Kaki.

Kisah Seorang Pejuang Myasthenia Gravis (Penyakit Lemah Otot) merupakan sesi perkongsian inspirasi tentang cabaran hidup seorang pesakit Myasthenia Gravis serta semangatnya dalam menghadapi penyakit tersebut. Perkongsian ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan sokongan, ketabahan dan sikap positif dalam menjalani kehidupan.

Senaman 10 Minit Fisio: Rutin Gerak Sendi Dari Kepala Sampai Kaki merupakan sesi senaman ringkas yang memperkenalkan pergerakan sendi dari kepala hingga ke kaki bagi meningkatkan fleksibiliti, melancarkan peredaran darah dan menjaga kesihatan tubuh. Rutin ini mudah dilakukan oleh semua peringkat umur dan sesuai diamalkan setiap hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali